Apr 14, 2009

Bas ekspres dua tingkat terbabas, rempuh pembahagi jalan


KEADAAN bas ekspres yang terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 442.9 Lebuh Raya Utara-Selatan semalam.

RAWANG - Sebuah bas ekspres terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 442.9 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ibu negara menyebabkan pemandunya dan lima penumpang terkorban awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, bas AB Express dua tingkat yang membawa 33 penumpang itu dalam perjalanan dari Changlun, Kedah menghala ke ibu negara.
Nahas ngeri yang berlaku kira-kira 200 meter dari susur keluar Rawang itu bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan lain.
Pemandu yang maut adalah Zulkhibri Md. Saad, 35, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Lima lagi penumpang yang terkorban ialah Mohd. Yusril Zakaria, 27, dari Alor Setar, Md. Zaher Mohamad, 33, dan Muhammad Ismail, 27, kedua-duanya dari Jitra, Kedah.
Mangsa lain, C. Magenthiran, 26, dari Taman Sri Indah Klang dan Muhamad Fauzi Awang, 44, dari Jalan Putra, Alor Setar.
Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, ketika kejadian bas ekspres yang dipandu pemandu kedua itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh pembahagi lebuh raya.
"Ekoran rempuhan yang kuat, pembahagi jalan sepanjang 60 meter menembusi bahagian kepala bas sebelum ia terseret kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.
"Akibatnya, bas itu hilang kawalan dan masuk ke dalam longkang di sebelah kiri lebuh raya sebelum terbalik,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mat Kilau


Kehidupan awal
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang dikenali juga sebagai AL-Allamah Haji Botok bin Osman sebelum dia berpindah dari Kelantan sebagai Mufti Negeri Pahang.sila rujuk buku Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Tanah Melayu, terbitan Majlis Agama Islam dan Adai Istiadat Melayu Negeri Kelantan Jilid 2, bab Ulama Kelantan yang masyhur di luar kelantan. sebelum berhijrah ke Pahang Hj Botok yang merupakan Pawang Di Raja Kelantan telah berselisih faham dengan Raja Kelantan yang menjadi sebab beliau berpindah ke Pulai Tawar,Pahang. Hj Botok mempunyai dua lagi saudara di kampung Berangan Tumpat,yang bernama Mat Diah bin Osman (tok chik mat diah)dan Merah bin Osman (tok chik hj merah).Hj Botok aliran Pencak Silat Gagungman 9 Purba Sakti merupakan murid kepada ulama Patani yang mashur sebagai Tok Bendang Daya Tua. nama sebenar Tok Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. datuk Hj Botok adalah imigran perang Siam-Melayu Patani yang merupakan kerabat di Raja Legeh Patani yang terpaksa berhijrah ke KELANTAN akibat di langgar Siam.


Sejarah perjuangan
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

[sunting] Buruan British
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.



Keluar dari persembunyian
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar PahangYAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.

Apr 13, 2009

Stoner rampas petak hadapan MotoGP Qatar


DOHA: Penunggang Australia, Casey Stoner meraih petak hadapan bersama jentera Ducati bagi aksi final perlumbaan malam MotoGP di trek berpasir Litar Antarabangsa Losail dekat Qatar, lewat semalam. Juara dunia 2007 itu merakam rekod sepusingan 1 minit 55.286 saat dan akan bermula di depan juara dunia enam kali Valentino Rossi dari Itali dan rakan sepasukan yang menunggang Yamaha, Jorge Lorenzo dari Sepanyol. Penunggang berusia 23 tahun itu menyatakan keadaan cuaca di litar Doha terutama selepas hujan renyai-renyai di ibu kota negara Teluk Arab semalam menyebabkan keadaan berhabuk.
“Saya rasa ia sangat berisiko menjelang penamat perlumbaan esok,” kata Stoner dalam sidang media selepas sesi kelayakan. “Keyakinan kami berkurangan berbanding sebelum perlumbaan tidak seperti sebelum ini.” Penunggang Itali, Andrea Dovizioso keempat bersama jentera Honda diikuti rakan senegara dari Itali, Loris Capirossi yang menunggang Suzuki dan penunggang Amerika Syarikat, Colin Edwards bersama Yamaha. Pelumba Sepanyol, Julian Simon meraih petak hadapan dalam kelas 125cc apabila mencatat rekod sepusingan 2 minit 7.791s. Gabor Talmacsi dari Hungary akan berada di petak utama dalam kelas 250cc selepas turut mencipta rekod2 minit 1.902s. - Reuters
KEPUTUSAN: Kedudukan petak pendahulu (selepas sesi kelayakan motoGP
1 Casey Stoner (AUS/Ducati) 1:55.286; 2 Valentino Rossi (ITA/Yamaha) 0.473; 3 Jorge Lorenzo (ESP/Yamaha) 0.497; 4 Andrea Dovizioso (ITA/Honda) 0.691; 5 Loris Capirossi (ITA/Suzuki) 0.863; 6 Colin Edwards (AS/Yamaha) 0.908; 7 Randy de Puniet (FRA/Honda) 1.072; 8 Chris Vermeulen (AUS/Suzuki) 1.207; 9 Alex de Angelis (SMR/Honda) 1.504; 10 Mika Kallio (FIN/Ducati) 1.566.

Bangkok huru-hara


Darurat diisytihar, kereta bawa Abhisit kena serang penyokong Thaksin


BANGKOK: Ibu negara Thailand, Bangkok, kucar-kacir semalam, apabila penunjuk perasaan anti-Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva menyerang kenderaan pemimpin itu selepas perintah darurat diisytiharkan, sehari selepas mereka mencetuskan kekecohan di Pattaya menyebabkan sidang pemimpin Asean dibatalkan. Beberapa kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, itu bergerak di beberapa kawasan di ibu negara, ada yang memandu bas awam dan menghalang lalu lintas di jalan raya utama. Ada juga penunjuk perasaan mengejar kereta membawa Abhisit kemudian memukul kenderaan itu dengan besi, membaling batu dan pasu bunga dengan diperhatikan polis, manakala orang lain memukul pemandu kenderaan yang memarahi mereka.
Wartawan juga melihat sekumpulan penunjuk perasaan berbaju merah mengerumuni dua atau tiga kereta perisai di luar sebuah pasar raya. Bantahan lain turut dilaporkan di kawasan utara dan timur laut Thailand dengan satu kumpulan mengancam menyekat laluan jambatan utama menghubungkan Laos dan Thailand di Sungai Mekong. Abhisit mengumumkan perintah darurat pada jam 2.30 petang waktu tempatan yang melarang perhimpunan lebih daripada lima orang, termasuk penyiaran berita yang boleh mencetuskan kekacauan awam serta membenarkan kerajaan mengarahkan askar menyuraikan rusuhan.
"Sehubungan itu, unit tentera dan polis ditempatkan di lebih 50 lokasi utama di Bangkok termasuk bas dan stesen kereta api," kata jurucakap tentera, Kolonel Sansern Kaewkamnerd. Kira-kira 400 askar bersenjata raifal turut ditempatkan di sekeliling Istana Chitralada, kediaman Raja Bhumibol Adulyadej. Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Sathit Wongnogntoey, memaklumkan pihak berkuasa sudah menyekat siaran radio penunjuk perasaan sejajar dengan peraturan darurat. Ketika mengisytiharkan darurat, Abhisit berkata, langkah itu bertujuan memulihkan keadaan.
"Kerajaan akan cuba menghalang keadaan menjadi lebih teruk. Saya meminta rakyat menyokong kerajaan bagi memulihkan keselamatan dalam negara," katanya di televisyen. Tetapi, berdasarkan perkembangan selepas perisytiharan darurat, kerajaan Abhisit dilihat belum dapat mengawal keadaan. Laporan menyatakan, kesesakan lalu lintas berleluasa selepas penyokong Thaksin menghadang 10 persimpangan jalan raya di ibu negara. Beberapa anggota polis dan penunjuk perasaan juga cedera selepas sekumpulan pembantah menyerbu Kementerian Dalam Negeri dan menyerang beberapa kenderaan sebaik Abhisit menamatkan ucapan yang mengumumkan darurat. – Agensi

SENARAI KABINET 2009

PUTRAJAYA: Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:
PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan

Makam Tok Soh, Permaisuri Raja Merong Mahawangsa sekitar 800 masihi.


Tok Soh @ Sharifah Maryam ibni Syed Jamal Al Jefri adalah permaisuri kepada Raja Merong Mahawangsa. Makam Tok Soh terletak dalam kawasan loji air di Kg Tok Soh Kulim Kedah. Istana disitu telah dirobohkan oleh Inggeris namun telaga yang membekalkan air masih lagi terdapat disitu. Agak menghairankan, dimana saja terdapat bukti sejarah, disitu jugalah dibinanya loji air, macam tak ada lokasi lain. Al Jefri adalah dari titisan keturunan bagainda Rasulullah SAW dan titisan ini turun walaupun waris perempuan sepertimana turunya titisan keturunan dari Siti Fatimah.

Apr 12, 2009

SeGaLaNyA pAdA hAtI

SECARA fizikalnya, hati hanya segumpal darah. Hati menurut ilmu perubatan adalah darah
hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada serta berfungsi sebagai peneutral darah. Namun dalam tafsiran sebaliknya, hati lebih daripada itu. Iman al-Ghazali megatakan, hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.

Beliau berkata, '' Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan dari kotoran-kotoran batin dan maksiat, padahal allah hanya memandang hati sebagaimana firman allah dalam surah asy-syams ayat 7-10."

Hati diibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang
megatur rakyatnya. Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur atau menggerakkan
semua aktiviti seseorang. Jika hatinya baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu dan jika
sebaliknya maka burulah peribadi seseorang itu, Sesungguhnya hati adalah nilaian Allah yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan.
Hal ini bertetapan dengan sabda Rasulullah daripada Abu Hurairah, dia berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud, " Sesunguhnya allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan." (Riwayat Muslim)